resipi sedia ada yg diolah sendiri…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
cup cakes coklat cadbury…
resipi sedia ada yg diolah sendiri…
BAHAN-BAHAN
- KEK :
Bahan A:
1 cawan air
1 cawan coklat / koko (Van Hountan)
1/2 cawan gula halusBAHAN B:
250gm Buttercup
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung kek
6 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla - TOPPING (2 JENIS) :
1) Coklat Cadbury Dairy Milk
2) Ising :
250gm butter
150gm shortening
250gm icing sugar (diayak dulu)
2 sudu besar susu segar
Pewarna ikut suka
CARA PENYEDIAAN
- Bahan A :
1. Bahan A disatukan & diletakkan ke dalam periuk.
2. Panaskan di atas api yang kecil.
3. Kacau sehingga ia likat.
4. Biarkan seketika.Bahan B :
1. Pukul butter sama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu & pukul lagi.
3. Masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung kek berselang seli dengan bahan A tadi.
5. Kacau hingga sekata.
6. Masukkan dlm loyang & bakarlah dgn api yg sederhana. - TOPPING (2 JENIS) :
1) Coklat Cadbury Dairy Milk
cairkn coklat di atas air yg mendidih.2) Ising
– Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu.
– Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut.
– Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.