Cucur udang yang menyelerakan…
Ermmm..sedapnya untuk minum petang ni.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cucur Udang Yummy
Cucur udang yang menyelerakan…
Ermmm..sedapnya untuk minum petang ni.
BAHAN-BAHAN
- 1 kilogram tepung gandum
- 500 gram udang yang telah dikupas kulitnya (potong dadu & rebus seketika)
- 5 biji bawang merah (kecil)
- 5 tangkai daun sup @ saderi (hiris halus)
- 5 tangkai daun bawang (potong halus)
- 3 biji cili merah besar (buang biji & dipotong dadu)
- 1 biji telur
- 2 sudu makan tepung beras
- 1 kiub pati ikan bilis
- Air secukupnya
- Sedikit kunyit, garam & serbuk perasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan tepung gandum, serbuk kunyit dan tepung beras bersama sehingga mesra.
- Masukkan telur, daun bawang, daun saderi, cili merah dan bawang ke dalam adunan tepung. Gaul rata.
- Masukkan air secukupnya dan bubuh kiub pati ikan bilis, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebati.
- Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan. Enak dihidangkan semasa minum petang bersama dengan sos cili.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.