Nak makan cucur yang macam kat kedai? Meh sini baca meh. Dulu penah tanya-tanya, tapi tak pernah dapatpun resepinya. Pastu, sepupu yang berniaga bagi resepi, try.. Eh..jadi pulak.. so taknak kedekut, share ngan orang lain kat sini…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

cucur udang kembang

Nak makan cucur yang macam kat kedai? Meh sini baca meh. Dulu penah tanya-tanya, tapi tak pernah dapatpun resepinya. Pastu, sepupu yang berniaga bagi resepi, try.. Eh..jadi pulak.. so taknak kedekut, share ngan orang lain kat sini…

BAHAN-BAHAN

  • tepung gandum 1 kilo (ni banyak ni, kalo nak makan sendiri sila kurangkan setiap bahan kepada setengah)
  • yis peket 11 gram — sila buang 1 1/2 sudu teh (dari 11 gram) tersebut untuk mengelak rasa pahit
  • daun kucai — 10 tangkai atau ikut suka (nak tambah taugeh pun boleh)
  • udang —- anggar sendiri (nak sedap ubuh lebih, udang kertas lebih sedap)
  • pewarna kuning—dua-tiga titik aje,jangan lebih-lebih, meriah sangat kang
  • garam — secukup rasa, boleh test lepas bancuh
  • perasa, kalau minat..kalau tak, tak payah..peniaga biasa masukkan perasa..
  • minyak yang banyak untuk menggoreng. *Dont worry*, minyak sawit *is the best* minyak masak *in the world..trust me*…tapi baik guna yang baru, jangan guna yang *recycle*
  • Air untuk membancuh
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan (kecuali udang), gaulkan, dan tuang air sedikit demi sedikit sampai adunan jadi seperti cekodok.
  • Biar kembang dalam 45 minit hingga 1 jam. Kalau tak sampai 45 min tapi dah kembangpun boleh..takde masalah
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Ambil satu senduk melengkung kecil (senduk tomyam atau bubur bukan senduk nasi atau senduk plastik), ubuh udang dalam senduk dulu dan masukkan adunan kemudian. masukkan setengah sahaja adunan kedalam senduk itu kerana ia akan kembang, bila digoreng.
  • Masukkan senduk dalam minyak panas tadi sampai ia masak sedikit dan tertanggal sendiri dari senduk.
  • Tips — kalau udang asyik tercabut je, ada kaedah lain, benamkan je separuh udang tu dalam adunan senduk tu. habis citer
  • Untuk kuah..ada banyak resepi kuah dalam MYR ni.. kalau yg saya punya nanti dulu ye..nak cepat ni…lain kali saya update. Ada orang makan dengan kuah kacang, ada orang makan dengan kuah yang macam kuah popia..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN