Resepi dalam simpanan…majalah mana tak ingat, sebab sudah kena gunting..ekeke…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cucur Udang

Resepi dalam simpanan…majalah mana tak ingat, sebab sudah kena gunting..ekeke…

BAHAN-BAHAN

  • 250gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • Taugeh
  • Daun kucai – potong-potong
  • Air dan garam secukupnya
  • Sedikit pewarna kuning
  • 150gm udang
  • Bahan untuk sos:-
  • @ 2 sudu besar cili boh
  • @ 10 ulas bawang putih – cincang
  • @ 50gm cili sos
  • @ garam
  • @ sedikit gula
  • @ 100ml air
  • Minyak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk sos:- satukan semua bahan, masak atas api hingga pekat. Ketepikan.
  • Untuk cucur:- satukan tepung dengan soda bikarbonat.
  • Masukkan taugeh, daun kucai, garam, gula, pewarna kuning dan air. (Saya tambah jagung dengan parutan lobak merah). Bancuh hingga rata dan pekat.
  • Panaskan minyak. Celupkan senduk besar ke dalam minyak panas. Tuang adunan ke dalam senduk, 3/4 penuh. Letak seekor udang dan masukkan kembali ke dalam minyak panas.
  • Cucur akan tertanggal dari senduk. Goreng hingga masak. Hidang bersama sos.
  • # Pastikan minyak betul-betul panas ya…kalau tak, cucur akan serap banyak minyak. Tapi jangan terlalu panas..nanti hangus..hehehe.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN