Resipi dari bonda,memang menjadi favourite setiap raya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Crunchy Nut Cookies

Resipi dari bonda,memang menjadi favourite setiap raya.

BAHAN-BAHAN

  • 220 gm butter (tips dari kwn (Chef Pastry) kalau nak buat cookies+ cake,keluarkan butter dr fridge 2-3 hari sblm buat.Paling tidak,pd suhu bilik.)
  • 220 gm gula kastor (saya suka kurang manis dlm 200gm,tapi citarasa org ramai suka 220 gm gula)
  • 1 sudu teh jus limau
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 2 biji kuning telur
  • 200gm crunchy nut cereal atau boleh diganti dgn cornflakes – dihancur kasar
  • 250gm tepung naik (selfraising flour) – diayak
  • 2 sudu besar tepung jagung brand brown&Polson Butterfly (yg saya suka atau blh guna any brand ) – diayak
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul butter,gula dan vanilla essence sehingga kembang.
  • Masukkan kuning telur,jus limau,pastu tepung naik dan tepung jagung yang dah diayak tadi.
  • Perap adunan dlm fridge selama 1/2 jam utk jadikan ia keras sikit.
  • Slps 1/2 jam,ambil sebesar 10 sen, roll atas crunchy nuts dan jadikan bentuk sebesar guli.
  • Minyakkan dulang bakar cookies dgn butter,tetapi jgn terlalu berminyak,nanti adunan jadi kembang.
  • Saya bakar selama 20 minit saja dan biar sejuk atas rak wayar selama 10-15 minit sebelum simpan dlm bekas kedap udara. Cooling period ni penting sbb cookies akn jadi lembik/lembut kalau tak sejuk betul sblm simpan dlm bekas.
  • Bakar pada suhu 170C (Gas 3) dan cookies akn jadi kekuningan dan mengembang sbesar 50 sen slps 20-minit dibakar.Boleh juga bakar selama 25 minit,mengikut tahap keranggupan yang masing2 suka.
  • Sukatan bahan untuk 4 dulang bakar,mengikut size yang saya berikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN