Sesiapa yang suka cheese cake pasti akan suka ini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cream Cheese Bars

Sesiapa yang suka cheese cake pasti akan suka ini.

BAHAN-BAHAN

  • 250g cream cheese (suhu bilik)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil lemon butter atau jus lemon
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 2 keping puff pastry
  • Lapisan atas (‘topping’):
  • 1 sudu besar marjerin atau mentega (cairkan)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar gula halus
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 180C.
  • Pukul krim keju bersama gula sehingga jadi krim. Masukkan ‘lemon butter’/jus lemon dan esen vanila, kacau sehingga sebati. Ketepikan.
  • Lapis 8″x8″ loyang dengan kertas masakan, letak satu keping pastri yang telah dicucuk-cucuk dengan garpu. Kalau takde kertas masakan, griskan loyang.
  • Masukkan campuran krim keju dan rata-ratakan. Tutup krim keju dengan sekeping pastri.
  • Sapu permukaan pastri dengan marjerin, biar basah sikit. Gaulkan gula dan serbuk kayu manis, taburkan di atas permukaan pastri.
  • Bakar selama 20 minit atau sehingga perang. Biar sejuk sebelum dipotong. Boleh disimpan dalam peti sejuk, rasa lebih enak keesokan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN