mr crabz lagi..bagi chan dia enterprem..heh.
kepelbagaian masakan ketam selain dari gulai dan masak lemak.gunakan nenas fresh yang masak.lebih kick…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

crabz suit-sawer

mr crabz lagi..bagi chan dia enterprem..heh.
kepelbagaian masakan ketam selain dari gulai dan masak lemak.gunakan nenas fresh yang masak.lebih kick…

BAHAN-BAHAN

  • 3-4 ekor ketam
  • 3 ulas bawang putih,dicincang
  • 1 labu bawang besar,dihiris
  • 3 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 2 biji tomato,dipotong baji
  • 2 helai daun bawang,potong pepanjang
  • semangkuk kecil nenas,dipotong chunky2
  • 3/4 cawan air,atau secukupnya
  • garam & gula secukup rasa
  • 1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
  • Siang,basuh dan toskan ketam
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan sos cili dan sos tomato dan kacau.Tambah garam dan gula secukup rasa,kemudian masukkan air
  • Masukkan ketam,gaul rata dan biarkan mendidih
  • MAsukkan tomato dan nenas dan kacau sebati.
  • Pukul telur dalam mangkuk dan masukkan dalam kuali dan kacau.
    Biarkan mendidih seketika,dan kuah kelihatan pekat sikit.
  • Akhir sekali,masukkan daun bawang,kacau dan tutup api.
    Daun bawang boleh diganti dengan daun ketumbar jika tiada stok.
  • Hidangkan dengan nasik putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN