Menu kenduri mak mertua…mungkin tak biasa bagi kebanyakan org tapi lauk inilah yang akan habis dulu berbanding lauk kenduri lain.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Colek Ike Tenggiri

Menu kenduri mak mertua…mungkin tak biasa bagi kebanyakan org tapi lauk inilah yang akan habis dulu berbanding lauk kenduri lain.

BAHAN-BAHAN

  • 4 keping ikan tenggiri
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu teh garam
  • 5 biji cili api
  • 2-3 biji limau nipis
  • 1 inci belacan (bakar sikit)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • Sedikit daun ketumbar (hiris)
  • *Kepada yang tak suka daun ketumbar, boleh tukar kepada daun limau purut…memang sedap!
CARA PENYEDIAAN
  • Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dalam oven hingga masak. (Kalau bakar dengan kayu arang lebih sedap).
  • Campurkan air masak, cili, garam, gula, belacan dan perahan air limau dan kisar. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dalam bekas dan gaulkan dengan bawang, tomato dan daun ketumbar.
  • Tuangkan ke dalam pinggan berisi ikan yang telah dibakar. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN