Kopi lagi….. ;)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Coffee Jelly
Kopi lagi….. ;)
BAHAN-BAHAN
- Jeli kopi:
- 5 sudu besar gula
- 6g gelatin + 2 sudu besar air
- 2 sudu besar serbuk kopi segera
- 1 1/2 cawan air
- Jeli susu:
- 1 cawan susu segar
- 1/2 cawan krim segar
- 3 sudu besar gula
- Sedikit esen vanila
- 4g gelatin + 1 sudu besar air
CARA PENYEDIAAN
- Jeli kopi: Masukkan kopi, gula dan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gelatin yang telah dicampur dengan 2 sudu besar air. Kacau sehingga gelatin larut.
- Padamkan api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan sehingga hampir keras. Lepas tu bolehlah sediakan jeli susu.
- Jeli susu: Masukkan susu, krim, gula dan esen vanila ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gelatin yang telah dicampurkan dengan air.
- Padamkan api. Kacau biarkan haba keluar. Lepas tu bolehlah tuang ke atas jeli kopi tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.