Rangup dan sesuai untuk penggemar kopi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Coffee Cookies

Rangup dan sesuai untuk penggemar kopi.

BAHAN-BAHAN

  • 240g tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 3 sudu besar serbuk kopi segera
  • 1 biji telur
  • 80g gula halus
  • 60g gula perang
  • 100g mentega tanpa garam – suhu bilik
CARA PENYEDIAAN
  • Ambik 2 sudu besar kopi campurkan dengan 2 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
  • Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
  • Dalam bekas lain, campurkan kedua-dua jenis gula dan kacau.
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam mentega. Pukul sehingga putih/ kembang.
  • Masukkan telur sikit demi sedikit dan pukul lagi.
  • Kemudian masukkan pula kopi yang telah dicairkan. Kacau.
  • Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dengan serbuk penaik. Kemudian campurkan 1 sudu besar kopi yang tak dicampur dengan air. Kacaukan.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi sambil dikacau.
  • Drop (jatuhkan) adunan tadi ke atas loyang yang dilapik dengan kertas oven. Taburkan sedikit kopi ke atasnya.
  • Bakar dengan suhu 180C selama 15-20 minit.
  • Boleh bungkus cantik-cantik sebagai buah tangan ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN