untuk birthday daddy..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Fudge Cake

untuk birthday daddy..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Kek
  • 1/2 cawan serbuk koko (unsweetened)
  • 1 1/4 cawan tepung serba guna
  • 8 biji telur grade A (suhu bilik)
  • 3/4 cawan gula (A)
  • 2 sudu besar mentega tanpa garam (cairkan)
  • Bahan Fudge Filling
  • 6 ounce dark chocolate (cincang kecil)
  • 1 cawan heavy cream
  • 1/2 cawan mentega tanpa garam
  • 3/4 cawan gula
  • Bahan Chocolate Glaze
  • 9 ounce dark chocolate (cincang kecil)
  • 1/2 cawan heavy cream
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Jem Raspberry secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar pada suhu 350 F, gliskan loyang kek dengan mentega dan lapiskan dengan parchment paper.
  • Ayak tepung dan serbuk koko bersama.
  • Pukul telur dengan mixer pada kelajuan tinggi hingga kembang.Masukkan gula (A) perlahan-lahan dan pukul hingga kembang. Dengan menggunakan senduk kayu adunkan bahan yang dia ayak dan masukkan mentega.Adun sebati.Masukkan dalam loyang dan bakar hingga masak.
  • Bila sudah masak, keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk.jangan keluarkan lagi parchment paper untuk mengelakkan ianya mengerutu ketika panas.
  • Fudge Filling ; Letakkan coklat yang dicincang di dalam mangkuk tahan panas. Dalam periuk, jerang heavy cream, gula dan mentega hingga cair menggunakan api kecil.Sentiasa kacau hingga larut.Bila telah larut besarkan api sehingga bahan2 tadi kalihatan mula mendidih.Angkat dari api dan curahkan ke atas coklat di dalam bekas tahan panas.Biarkan sekejap hingga coklat cair dan kacau perlahan2 hingga sebati dan larut.Masukkan ke dalam peti sejuk.Dinginkan sekurang kurangnya 6 jam.
  • Chocolate Glaze ; Masukkan coklat dalam mangkuk tahan panas. Dalam periuk lain masukkan cream dan susu dan masak atas api perlahan hingga mendidih.Kemudian curahkan bahan ini di dalam mangkuk berisi coklat dan biarkan cair sambil kacau perlahan2.Biarkan sejuk.
  • Cara Menyediakan Kek : Tanggalkan parchment paper dari kek dan belah mendatar kek kepada 3 bahagian.Letakkan satu bahagian kek atas rak kek.Sapukan dengan jem seluruh permukaan kek dan kemudian sapukan pula fudge filling di atas jem.Kemudian letakkan bahagian kek yang ke dua di atasnya.lapiskan lagi dengan jem dan filling dan telangkupkan bahagian akhir kek.
  • Untuk bahagian akhir kek, sapukan chocolate glaze di atas dan tepi keseluruhan kek.Sejukkan kek di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam.Keluarkan kek dan hiaslah mengikut kretiviti anda.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN