Resipi tradisional Austria. Maaflah, gambar tidak berapa cantik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chicken Paprika With Sour Cream

Resipi tradisional Austria. Maaflah, gambar tidak berapa cantik.

BAHAN-BAHAN

  • 10 sudu besar minyak zaitun (‘extra virgin oil’)
  • 1 ekor ayam potong 8
  • 2 ulas bawang merah (cincang)
  • 1 batang lobak merah (dadu)
  • 2 batang saderi (cincang)
  • 1 cawan stok ayam
  • 2 sudu besar paprika
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 cawan krim masam
  • Sedikit daun bawang dan parsli yang dicincang
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • Sedikit cili merah dan cili hijau (potong bulat)
  • Sedikit serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam mangkuk tahan panas. Periuk biasa pun boleh tapi yang tidak melekat. Lumurkan ayam dengan kunyit.
  • Sautekan ayam hingga kekuningan. Angkat ayam dan ketepikan.
  • Dengan menggunakan baki minyak yang sama, tumiskan bawang, lobak merah dan saderi. Masak hingga layu.
  • Masukkan stok ayam dan ayam yang telah disautekan tadi. Tambahkan paprika dan garam. Biarkan mendidih dan ayam empuk.
  • Bila ayam sudah empuk asingkan ayam dari kuahnya. Masukkan ayam dalam pinggan hidang.
  • Dengan menggunakan kuah yang tertinggal tadi, masukkan krim masam ke dalamnya. Kacaukan atas api sederhana. Masukkan cili merah dan cili hijau. Masukkan juga bawang besar, parsli dan daun bawang. Kacau hingga pekat. Tuangkan di atas ayam. Sedia untuk dihidang panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN