Masakan ala Cina begitu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chicken And Cashew

Masakan ala Cina begitu.

BAHAN-BAHAN

  • Beberapa ketul ayam
  • Garam dan serbuk lada – untuk perap ayam
  • Tepung jagung
  • 3 biji cili kering – dipotong dua
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 biji bawang merah – dihiris besar
  • 1 biji lada benggala – dipotong dadu (boleh guna warna merah dan hijau untuk nampak lebih cantik)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Minyak – untuk menumis
  • Air
  • Garam dan serbuk lada secukup rasa
  • Kacang gajus secukupnya
  • Daun bawang dan daun ketumbar – untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sebentar. Kemudian, salut ayam dengan tepung jagung. Goreng ayam (dalam minyak penuh) tadi dan ketepikan.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering dan angkatkan setelah agak kehitaman. Tumis pula bawang putih, halia dan bawang merah hingga kekuningan dan naik bau.
  • Tambah kan ayam yang telah digoreng, lada benggala, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambah air secukupnya. Masukkan garam dan lada secukup rasa.
  • Masukkan kacang gajus dan cili kering tadi dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi agak pekat.
  • Hidangkan di dalam pinggan. Hias dengan daun bawang dan daun ketumbar. Siap! =)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN