Asalnya resepi brownies.. Nak kelainan, tambah keju …lembut walaupun tak pukul sampai kembang..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cheese Marble Chocolate Cake
Asalnya resepi brownies.. Nak kelainan, tambah keju …lembut walaupun tak pukul sampai kembang..
BAHAN-BAHAN
- Bahan A: 50g mentega
- 150g coklat bar
- 50g gula
- 2 biji telur (suhu bilik)
- Bahan diayak: 50g tepung gandum dan 1 sudu kecil serbuk penaik
- Bahan B: 100g krim keju
- 20g gula
- 3 sudu besar krim segar @susu segar @ krim putar
- 1 1/2 sudu kecil perahan lemon
CARA PENYEDIAAN
- Bahan A untuk buat adunan coklat. Cairkan mentega dan coklat bar dalam oven selama lebih kurang 50 saat. Kalau nak guna kaedah ‘double boiler’ pon ok.
- Telur dan gula dipukul sampai sebati (dalam 2~3 minit). Masukkan (1) dalam bancuhan ini. Kacau lagi sampai rata.
- Masukkan bahan diayak dan kacau lagi sampai semua bahan rata. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170C.
- Bahan B pula untuk adunan keju. Dalam mangkuk lain, pukul keju sampai jadi bentuk krim (lembut). Masukkan gula dan air lemon dan kacau lagi sampai rata. Selepas itu, masukkan krim segar dan gaul lagi.
- Masukkan adunan A dalam bekas kek yang telah dilapik dengan kertas minyak. Tuang pula adunan B. Kacau perlahan. Lebih elok guna lidi dan sebagainya. Jangan kacau berlebihan, nanti tak nampak kesan ‘marble’.
- Kalau guna bekas bulat, bakar dalam suhu 180C selama lebih kurang 40~45 minit. Kalau guna bekas 4 segi, bakar pada suhu 170C selama 30~35 minit. Tambah masa kalau rasa kek kurang masak lagi.
- Bila kek dah sejuk, keluarkan dari bekas dan potong ikut bentuk yang suka..
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.