Atas permintaan Umi_e… resepi ini dari mak di kampung. Leceh nak buat, tapi sedap dimakan. Boleh disimpan dlm peti sejuk selama 4-5 hari dan panaskan sebelum makan. Pertama kali buat dengan ayam… sedap! Terima kasih kepada jurugambar :-p

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chang (Zong Zi)

Atas permintaan Umi_e… resepi ini dari mak di kampung. Leceh nak buat, tapi sedap dimakan. Boleh disimpan dlm peti sejuk selama 4-5 hari dan panaskan sebelum makan. Pertama kali buat dengan ayam… sedap! Terima kasih kepada jurugambar :-p

BAHAN-BAHAN

  • 60 helai daun buluh (biar lebih, takut ada yang pecah)
  • Tali untuk mengikat (8x60cm panjang, diikat kat satu hujung dan dibahagikan 3 setiap satu)
  • 1 kg pulut (direndam 3-4 jam)
  • 1 kg ayam atau daging (dipotong 48 ketul)
  • 200gm kacang merah (direndam 1 malam)
  • 24 biji buah berangan kering (direndam semalam)
  • ½ cawan (60gm) udang kering
  • 10 + 2(kalau tak cukup) biji kuning telur masin (dibelah dua setiap satu)
  • 24 biji buah berangan kering (direndam semalam)
  • 12 kuntum cendawan shiitake kering (direndam dan dipotong dua)
  • Bahan-bahan untuk daging/ayam:
  • *1 sudu besar minyak masak
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 ulas bawang kecil
  • *1 batang kayu manis
  • *1 sudu kecil gula
  • ½ sudu besar serbuk 5 rempah
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2½ sudu kecil garam (biar masin, sebab kuah ni diguna untuk pulut)
  • ½ cawan air
  • Bahan-bahan untuk pulut:
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang kecil
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • ½ sudu kecil serbuk 5 rempah
CARA PENYEDIAAN
  • Daun buluh direndam semalam dan direbus ½ jam bersama tali yang dipotong, supaya daun jadi lembut dan senang dilipat nanti.
  • Bersihkan daun buluh dengan span atau kain, potongkan hujung daun yang panjang dan tajam. Rendam dalam air bersih dan diketepikan.
  • Ayam/Daging: Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan * dan tumis sampai nampak perang sikit. Masukkan daging, cendawan dan buah berangan, dan juga bahan-bahan untuk daging yang lain kecuali air. Goreng sampai dah jadi kering baru tambah air dan masak lagi untuk 15 minit. Padam api dan tapiskan kuah.
  • Pulut: Panaskan minyak dan tumis bawang bersama udang kering sampai nampak perang sikit. Masukkan pulut dan kacang merah, goreng seketika dan masukkan kuah dari (3). Masukkan juga lada putih dan 5 rempah, kacau sehingga sebati dan kering.
  • Balut: Ambil 2 helai dau buluh seperti dalam gambar. Sebelah yang licin tu untuk dalam. Kalau buat saiz kecil, guna 1 helai daun yang besar.
  • Lipat daun buluh seperti dalam gambar. Sebelah licin kat dalam.
  • Isikan sedikit nasi pulut, buat lubang ditengah-tengah seperti dalam gambar.
  • Masukkan 2 keping daging, 1 keping cendawan, 1 biji buah berangan dan ½ biji kuning telur masin. Letak secukup pulut untuk tutup isinya.
  • Tutup daun buluh dan tekan sedikit seperti digambar.
  • Terbalikkan dan buatkan/betulkan tanduk seperti dalam gambar.
  • Pegang daun kat tepi, lipatkan hujung daun.
  • Patahkan tulang daun (tapi jangan sampai putus) untuk membentuk tanduk.
  • Ikat melintang. Jangan ikat terlalu ketat sebab pulut akan kembang sikit bila masak.
  • Ulang sampai habis.
  • Panaskan air dan rebus selama 2 jam dgn api kecil (kena tutup dengan tudung).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN