resepi keluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cendawan lemak cili padi

resepi keluarga

BAHAN-BAHAN

  • cendawan tiram
  • sejemput cili padi
  • 1 batang serai
  • kunyit hidup / serbuk kunyit
  • udang basah / sejemput ikan bilis / kiub ikan bilis
  • 1 mangkuk sedang santan
  • 1 helai daun kunyit (takde pun ok)
CARA PENYEDIAAN
  • cili padi, kunyit hidup ditumbuk lumat (saya blender je dgn air sikit..malass)
  • santan, cili padi+kunyit, serai, daun kunyit satukan dalam periuk. masak dgn api sederhana. kuah biar pekat, sikit pun takpe sbb bila masuk cendawan kuah akan jadi banyak.
  • bila kuah menggelegak, masukkan cendawan yg dah dibasuh dan tos. kalau nmpk tak tenggelam takpe.. lama-lama cendawan akan layu dan masuk dalam kuah.
  • bila cendawan dah layu sikit, masukkan udang segar dan garam secukup rasa.
  • kalau tak pakai udang, tumbuk ikan bilis dgn cili dan kunyit tadi. kalau tak, masukkan satu kiub ikan bilis pun ok masa jerang kuah.
  • siap dan boleh dihidang. kalo makan dgn ikan goreng garing…memang layan. colek pulak dgn sambal tempoyak mentah & ikan masin… fuh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN