Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Cencaru Sumbat Berlada

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan cencaru (bersihkan dan belah di belakang)
  • 15 biji cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit belacan
  • 1 biji tomato (sederhana besar)
  • Garam, gula, serbuk kunyit dan serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar cili kering, 1/2 biji bawang besar, bawang putih belacan, garam dan gula. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian.
  • 1 bahagian dicampurkan dengan sedikit air asam jawa, 1/2 biji bawang besar dan tomato (kedua-dua bahan ini dihiris).
  • Kemudian sumbatkan di belakang ikan yang telah digaulkan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak (api jangan terlalu kuat supaya masak semua bahagian).
  • 1 bahagian lagi yang dikisar tadi ditumis di dalam minyak sehingga garing. Jika perlu, tambahkan garam dan gula.
  • Tambahkan air asam jawa. Biarkan sehingga kering dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kemudian, curah/tuang atas ikan tadi. Siap.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN