hasil dr pemerhatian dan perbandingan antara beberapa resepi dr forum cari. resepi kedua stlh lama bertapa. eheh :D
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Carrot Cake with Cream Cheese Frosting
hasil dr pemerhatian dan perbandingan antara beberapa resepi dr forum cari. resepi kedua stlh lama bertapa. eheh :D
BAHAN-BAHAN
- Bahagian Kek
- 1 1/4 cup minyak jagung (kalo darurat, myk masak pn blh)
- 4 biji telur gred B
- 120 gm gula castor
- 120 gm gula perang
- 100 gm walnut cincang ( panggang sebentar)
- 250 gm tepung high protein (tepung gandum pn ok)
- 1 tsp baking soda
- 1/4 tsp garam
- 1/4 serbuk kulit kayu manis (boleh lebihkan kalau suka)
- 1 1/2 cup carrot yg telah disagat
- 1 cup golden raisin (kalau ganti buah masam2 pn boleh e.g prune, nenas kiub – ditoskan airnya)
- 1 tbs susu pekat (utk moist – kalau xnak xpe)
- Cream Cheese Frosting
- 120gm gula icing
- 250gm cream cheese
- 120gm unsalted butter (kalo xde unsalted, belasah je la)
CARA PENYEDIAAN
- Pukul telur dan gula hingga kembang. masukkan minyak, sebatikan.
- kemudian, masukkah bhn2 kering yg telah diayak (tepung, baking soda, serbuk kulit kayu manis dan garam). kaup balik dengan senduk kayu.
- akhir sekali, masukkan carrot, raisins. gaul sebati.
- masukkan dlm loyang 9 inci yg telah di alas kertas minyak. bakar selama 45 minit pada suhu 180C. guna lidi utk pastikan dalam kek masak.
bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar. - cream cheese frosting
masukkan cream cheese, gula icing yg telah diayak, dan butter ke dalam food processor (FP). guna blender pn ok. blend kan semua, dan sapukan di atas kek.
- utk lebih sedap, chill kan semalaman.
note that frosting tu senang melt kalo letak kt luar lama2. so, bila btul2 nk makan baru bring out.
happy baking! ^__*
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.