Resipi dari allrecipe.com

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Carrot Cake

Resipi dari allrecipe.com

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan lobak merah -diparut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan kismis
  • 1 cawan walnut – panggang dan kisar kasar
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (saya tak guna, sebab tak suka)
  • Lapisan atas:
  • 1 1/4 cawan gula aising
  • 3 oz krim keju ( maaf ya, nanti saya tukar ke gram)
  • 1 sudu makan sirap jagung ( boleh diganti dengan ‘golden syrup’)
  • 1 sudu teh esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung bersama garam, serbuk penaik dan soda.
  • Masukkan pula parutan lobak merah, walnut dan kismis ke dalam tepung. Gaul rata.
  • Di dalam bekas lain, pukul telur, minyak dan gula hingga sebati.
  • Masukkan campuran telur ke dalam campuran tepung dan gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang 10″ yang telah digris.
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan selama 50-60 minit pada suhu 175C atau sehingga masak.
  • Bila sudah masak, keluarkan dan sejukkan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sehingga betul-betul sejuk.
  • Setelah sejuk, boleh dihias dengan krim keju (lapisan atas).
  • Lapisan atas: pukul krim keju bersama gula aising, sirap dan esen vanila.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN