Kek keju karamel
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Caramel Cheesecake
Kek keju karamel
BAHAN-BAHAN
- Krim:
- 250g cream cheese – suhu bilik
- 3 biji telur
- 1 cawan (200ml) krim masam/’sour cream’
- 1 cawan (200ml) krim segar
- 120g gula
- 2 sudu besar ‘corn starch’
- Beberapa titik esen vanila
- Lapisan bawah:
- 100g biskut Marie/Graham cracker
- 50g mentega (cairkan)
- Karamel:
- 1/4 cawan (50ml) susu segar
- 80g gula
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan biskut ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk dengan kayu pencanai sehingga hancur. Masukkan mentega dan ramas sehingga jadi berketul.
- Masukkan biskut ke dalam loyang. Tekan padat-padat biskut tadi.
- Sediakan karamel. Masakkan gula dengan 1 sudu besar air sehigga perang. Padamkan api. Kemudian masukkan susu segar. Ketepikan.
- Pukul cream cheese sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula > esen vanila > krim masam > telur > ‘corn starch’ > krim segar ikut turutan sambil dipukul. Pukul sehigga jadi bentuk krim.
- Tuangkan krim ke dalam loyang. Letakkan karamel di atas krim tadi.
- Bakar selama 30 minit pada suhu 200C dan turunkan suhu kepada 160C. Bakar lagi selama 30 minit. Untuk mengelakkan hangus pada permukaan, bolehlah letak lapisan aluminium/’aluminium foil’ selepas 30 minit pertama. Bakar secara ‘double-boiler’ dengan meletakkan air suam di dalam dulang.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.