Kek capuccino gulung
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Capuccino Roll Cake
Kek capuccino gulung
BAHAN-BAHAN
- Cecair capuccino:
- 4 sudu besar serbuk capuccino
- 2 sudu besar air panas
- Kek span:
- 4 biji telur (saiz L)
- 60g tepung gandum
- 70g gula
- 1 sudu besar cecair capuccino
- Sirap:
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar air panas
- Krim capuccino:
- 200ml krim segar
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu besar cecair capuccino
CARA PENYEDIAAN
- Sediakan cecair capiccino: campurkan capuccino dengan air panas. Kacau dan sejukkan.
- Letakkan kertas minyak di atas dulang oven. Panaskan oven ke 180C.
- Letakkan 1/2 gula ke dalam telur putih. Penaikkan sehingga telur putih bertanduk.. atau ‘meringue’.
- Letak 1/2 gula lagi ke dalam telur kuning. Pukul sehingga putih. Kemudian masukkan 1 sudu besar cecair capuccino yang telah disejukkan tadi.
- Letakkan 1/2 dari no.3 tadi ke dalam no.4. Adun sehingga sebati.
- Letakkan tepung yang telah diayak ke dalam no.5. Adun lagi.
- Kemudian lebihan no.3 (‘meringue’) tadi ke dalam no.6. Kacau perlahan-lahan dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
- Tuangkan ke dalam dulang oven. Jangan sentuh dengan jari. Pusing-pusing dulang oven sehingga jadi rata. Ketuk-ketukkan sikit bahagian bawah dulang oven untuk keluarkan angin. Bakar selama 10 minit.
- Bila dah masak, keluarkan dari oven. Alaskan kek dengan kertas minyak. Sembur bahagian permukaan supaya kek cepat sejuk.
- Sementara tu sediakan krimnya. Campur semua bahan-bahan untuk krim. Pukul sehingga jadi bentuk krim.
- Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari oven. Sapukan permukaan kek dengan sirap. Kemudian masukkan krim yang dipukul tadi. Ratakan kemudian gulung. Simpan dalam peti ais selama 1/2 hari sebelum dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.