Mudah dan cepat!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Butter Prawns with Egg Floss
Mudah dan cepat!
BAHAN-BAHAN
- 7-8 udang besar, deep fried
1 biji telur (guna kuning sahaja)
2 sudu besar mentega atau marjerin (saya gunakan Planta..wangi dan sedap)
2 sudu besar susu cair
daun kari
2 biji bwg putih (cincang halus)
cili padi (optional)
garam dan gula secukupnya - Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- 1. Cairkan planta/butter (api kecil) dan tuang kan sedikit minyak masak. Ini adalah utk mengelakkan butter hangus.
2.Teruskan mengaul butter hingga cair. Jangan berhenti mengaul.
3. Masukkan telur kuning dan terus kacau. Anda akan melihat kuning telur bertukar menjadi floss.
4. Angkat dan toskan. Ketepikan.
5. Cairkan sesudu butter dan sedikit minyak.
6. Tumiskan bawang putih, daun kari dan cili.
7.Masukkan udang goreng tadi.
8. Gaul rata dan tambahkan susu cair. (Jgn guna terlalu byk susu cair kerana ini akan menjadikan ia terlalu basah..tak sedap)
9. Masukkan garam dan gula. Gaul rata.
10. Angkat dan taburkan egg floss tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.