Resipi mesin pembuat roti. Lembut dan gebu….resipi mudah, guna tepung gandum aje.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bun Tuna Simple

Resipi mesin pembuat roti. Lembut dan gebu….resipi mudah, guna tepung gandum aje.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk doh:
  • 180ml air
  • 20g mentega
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 330g tepung gandum
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu kecil yis segera
  • Untuk inti:
  • Tuna (dalam tin) + 1-2 sudu besar mayonis, gaul rata
  • Untuk sapuan/lapisan atas:
  • 1 sudu kecil susu segar
  • 1/3 biji telur
  • Sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kesemua bahan, ikut susunan tu, ke dalam mesin pembuat roti. Ikut arahan mesin masing-masing untuk buat doh.
  • Bila siap uli, bawa keluar doh dari mesin dan tumbuk-tumbukkan.
  • Bentukkan bulat kecil (saiz ikut masing-masing), kemudian leperkan. Sudukan sedikit inti tadi dan tutup rapat-rapat. Letakkan atas bekas pembakar yang dah digriskan sedikit.
  • Untuk lapisan atas: Pecahkan sebiji telur, kacau kemudian ambik 1/3 aje (banyak-banyak karang membazir pulak sebab nak gunanye sket je). Kemudian campurkan 1/3 telur tadi dengan susu segar & kacau. Kemudian sapukan atas roti tadi, pastu taburkan sket bijan atas roti.
  • Ulang buat sampai habis doh. Kemudian rehatkan roti dalam 40-50 minit atau biar ia naik sekali ganda daripada saiz asal, kalau nak boleh je tutup longgar roti tadi dengan pembalut (tapi saya tak buat pun, naik jugak dengan jayanya).
  • Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu 190C selama 10-12 minit atau sampai atasnye keemasan. Ni roti yang dah siap dibakar.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN