Resepi menggunakan bread maker. Sesuai untuk sarapan pagi.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bun telur
Resepi menggunakan bread maker. Sesuai untuk sarapan pagi.
BAHAN-BAHAN
- 250g tepung roti (strong white bread flour)
- 50g tepung biasa
- 1 biji telur
- 120cc susu segar
- 3 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil yis
- 50g mentega
- [bahan glaze]
- 1/2 biji telur
- 1 sudu besar air
- Bazil (optional)
- [Inti]
- 2 biji telur rebus
- mayonis secukupnya
- garam
- serbuk lada putih
- 1/2 bawang besar
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan kecuali bahan glaze ke dalam bread maker. On kan..
- Bila dah siap, keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan jadi bulat. Biarkan selama 20minit
- Sementara itu sediakan inti. Cincang bawang besar dan telur. Gaulkan dengan garam, mayonis dan sebuk lada putih sehingga sebati. Ketepikan
- Ambik sebahagian doh tadi. Canaikan jadi 4 segi. Masukkan inti dan gulong.
- Kemudian potong kepada 7 bahagian
- Ulang langkah 4 dan 5
- Masukkan ke dalam oven. rendahkan suhu kepada 40c. Penaikkan selama 40-50minit.
- Kemudian sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar pada suhu 180c selama 10-15minit
- Inti tadi sesuai juga diganti dengan tuna
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.