Bubur Serawa Pulut Durian

… menu wajib suami bila datangnya musim durian

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Serawa Pulut Durian

… menu wajib suami bila datangnya musim durian

BAHAN-BAHAN

  • Bahan bahan di perlukan untu memasak pulut.
  • 1 kilo pulut (dicuci dan di rendam dalam air beberapa jam)
  • 4 helai daun pandan
  • Satu kotak santan kecil atau setengah cawan (mug) santan pekat.
  • 5 camca besar gula
  • 1 sudu teh garam (lebih sikit pun tak pa).
  • 1 mug air.
  • Sedikit air untuk merenjis pulut agar tak kering sangat.
  • Bahan bahan untuk serawanya.
  • 10-15 ulas durian (bergantung pada size dan citarasa masing-masing.)
  • 3 cawan santan pekat atau lebih kurang separuh kotak santan pekat segera.
  • Lebih kurang satu cawan gula.
  • 3 atau 4 helai daun pandan disimpul.
  • 2-3 sudu teh garam.
  • Air lebih kurang separuh jug.
  • 2 sudu besar tepung jagung untuk memekatkan kuah serawa.
CARA PENYEDIAAN
  • Cara-cara penyediaan untuk pulut.
  • Sediakan pengukus, letakkan daun pandan atas pengukus (jangan sampai menutupi semua lubang lubang pengukus itu)
  • Kemudian masukkan pulut di atas pengukus yang telah di letakkan pandan tadi dan ratakan pulut itu perlahan-lahan.
  • Kukuskan pulut itu selama lebih kurang 20minit. Setelah itu angkat penutup kukus itu dan alih-alihkan pulut dengan camca/garpu itu perlahan-lahan dan ambil sedikit air untuk direnjiskan atas pulut. Kemudian tutupkan semula pengukus tadi.
  • Setelah lebih kurang 5 minit bukakan penutup dan ambil sedikit pulut untuk dirasa bagi memastikan pulut dah lembut dan masak. Sekiranya, pulut dah masak asingkan pulut ke dalam bekas lain sebentar. (daun pandan boleh dibuang dah.)
  • Sementara menunggu pulut ini masak tadi, boleh lah disediakan bahan ini. Dalam periuk yang kecil masukkan santan, air dan garam dan didihkan di atas api sebentar sambil kacau. Setelah mendidih sekali terus tutupkan api.
  • Kuah santan yang masih panas itu kemudian dimasukkan gula dan terus kacau sampai likat.
  • Akhir sekali gaulkan kuah santan tersebut sedikit demi sedikit kedalam pulut dan kacau hingga sebati dengan pulut.Siap dah bahagian pulut kita.:).
  • Cara-cara penyediaan kuah serawanya.
  • Dalam periuk, masukkan daun pandan,santan, durian, gula dan air.
  • Didihkan atas api sambil kacau sampai mesra.
  • Setelah mendidih perlahan sedikit api, kemudian masukan garam, kacau sebentar.
  • Masukkan pula tepung jagung yang di bancuh dengan sedikit air ke dalam periuk dan kacau sampai 2 ke 3 minit kemudian boleh tutupkan api. Dah siap..:)
  • 5 biji durian dikupas dan ambil ulasnya untuk dimakan bersama pulut dan serawa.
  • Untuk perhatian, penggunaan santan, gula, garam, air dan tepung jagung boleh diubah suai mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago