Dapat dari majalah Rasa keluaran tahun lepas. Sangat mudah dan cepat disediakan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bubur Nasi Untuk Kanak-Kanak 1-3 Tahun

Dapat dari majalah Rasa keluaran tahun lepas. Sangat mudah dan cepat disediakan.

BAHAN-BAHAN

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 cawan air suam
  • 2 biji bawang putih
  • 1.5 cm halia
  • Ayam atau kentang dipotong dadu (direbus dahulu beberapa minit)
  • Ikan bilis goreng
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Nasi dan air dimasukkan dalam pengisar dan dikisar (jangan terlalu hancur dan jangan terlalu kasar – biar sedang-sedang je rupanya).
  • Halia dan bawang putih ditumbuk lumat dan tumis hingga naik bau.
  • Masukkan ayam atau kentang atau boleh digunakan kedua-duanya sekali. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan nasi yang telah dikisar dengan air. Dalam gambar saya tu terkurang air. Jadi, kalau terkurang air boleh la ditambah air lagi. Airnya boleh diubahsuai ikut kehendak hati masing-masing. Kalau nak bubur tu pekat, kurangkan air, kalau nak bubur tu berkuah atau berair tambah la air lebih.
  • Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa dan bubur dah pun siap.
  • Untuk menghidang, taburkan ikan bilis, daun sup dan bawang goreng untuk rasa yang lebih enak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN