Resipi sendiri… Olahan dari resipi Partita (sejenis kuih tradisi Inggeris).
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Buah Melaka English Style
Resipi sendiri… Olahan dari resipi Partita (sejenis kuih tradisi Inggeris).
BAHAN-BAHAN
- 500 gram tepung pulut
- 1 biji kelapa (parut ambil putih sahaja)
- 1 sudu kecil pewarna hijau epal
- 1 ketul gula melaka (potong dadu kecil)
- 200 gram cip coklat
- 200 gram buah kranberi kering (potong kecil)
- Garam secukupnya
- Air untuk merebus
CARA PENYEDIAAN
- Adun tepung pulut, garam, pewarna dan air menjadi doh lembut.
- Gaul kelapa dengan sedikit garam.
- Ambil secubit adunan tepung. Leperkan atas tapak tangan. Masukkan seketul kecil gula melaka, satu cip coklat dan satu potongan buah kranberi ke dalam tepung dan bulatkan.
- Didihkan air dalam periuk. Masukkan adunan yang telah berinti dan telah dibulatkan ke dalam air mendidih. Tunggu hingga adunan timbul. Angkat dan golekkan dalam kelapa.
- Siap untuk hidangan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.