buah melaka berkentang dan berperisa keladi

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Buah Melaka Berkentang

buah melaka berkentang dan berperisa keladi

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kentang direbus dan dilenyek
  • Setengah bungkus tepung pulut
  • 1 sudu perasa keladi
  • Sedikit pewarna ungu
  • 300 gm kelapa parut putih
  • Gula melaka (jenis ketul – hiriskan untuk inti)
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan kentang, tepung pulut, perasa keladi dan pewarna ungu. Tuangkan sedikit air untuk menguli
  • Bila sudah mesra ambil sedikit adunan dan masukkan inti. Bulatkan.
  • Panaskan air dlm periuk yg tinggi, masukkan daun pandan (kalau tak de pun tak pe – saya suka aroma daun pandan) dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih masukkan adunan yg telah dibulatkan tadi. Bila adunan timbul itu tandanya kuih anda dah masak.
  • Toskan dan gaul dengan kelapa parut. Anda juga boleh pelbagaikan perisa. Saya suka buat kecil-kecil, cantik. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN