Brownies yang ada lapis keju di tenghah-tengah. Sedap, lemak berkrim. Sesiapa yang tidak jumpa campuran tepung brownies segera, boleh rujuk resipi ‘Cakey Brownies. Ambik adunan coklat resipi itu dan buat 1 1/2 adunan or gandakan.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Brownies Lapis Cheese Kukus
Brownies yang ada lapis keju di tenghah-tengah. Sedap, lemak berkrim. Sesiapa yang tidak jumpa campuran tepung brownies segera, boleh rujuk resipi ‘Cakey Brownies. Ambik adunan coklat resipi itu dan buat 1 1/2 adunan or gandakan.
BAHAN-BAHAN
- *500g campuran brownies kukus segera
- *4 biji telur gred B
- *75ml minyak masak
- *200ml air
- *5g serbuk penaik
- *5g soda bikarbonat
- Inti krim keju:
- 250g krim keju
- 60g gula kastor
- 1 biji telur gred A
- 25ml air
- Nota: Campuran brownies tu boleh cari di kedai yang menjual bahan bakeri
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan semua bahan bertanda * dalam pengadun. Pukul dengan kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit.
- **untuk inti**
- Inti: Campur semua bahan bagi inti, kecuali telur. Pukul sampai kembang.
- Kemudian, masukkan telur…pukul lagi. Pukul sekejap sahaja untuk meratakan adunan.
- ##cara lapis##
- Melapis: Masukkan separuh adunan brownies kukus dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas minyak. Kukus selama 15 minit.
- Masukkan pula inti…dan kukus selama 15 minit lagi.
- Masukkan baki brownies kukus, kukus selama 20 minit.
- **Balut tutup kukus dengan kain/tutup loyang dengan lapisan aluminium. Selepas itu, kukus dengan api besar.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.