Untuk lapisan atas, hanya guna coklat yang dicairkan dengan oven yang masih panas lepas bakar brownies.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Brownies

Untuk lapisan atas, hanya guna coklat yang dicairkan dengan oven yang masih panas lepas bakar brownies.

BAHAN-BAHAN

  • 70g mentega
  • 130g gula halus
  • 2 biji telur
  • 100g tepung gandum
  • 20g serbuk koko
  • 55g walnut – potong kecil-kecil
  • 1 bar coklat
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven sehingga 190C. Mentega dan telur biar dalam suhu bilik. Ayak tepung gandum dan serbuk koko.
  • Masukkan mentega dan gula ke dalam mangkuk. Pukul sehingga putih.
  • Masukkan pula telur. Pukul sehingga kembang.
  • Masukkan bahan ayak dan walnut kacau sehingga bergaul rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang. Bakar selama 25-30 minit.
  • Bila dan siap, keluarkan brownies dari oven. Kemudian patah-patahkan coklat bar tadi ke atas brownies. Masukkan semula ke dalam oven yang masih panas. Bila coklat dah cair, keluarkan dari oven dan rata-ratakan.
  • Bila dah sejuk dan coklat hampir nak keras, bolehlah dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN