Coklat dan kekacang dalam bentuk mudah pegang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Brownie

Coklat dan kekacang dalam bentuk mudah pegang.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan diayak: 100g tepung gandum dan 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 100g gula halus
  • 2 biji telur (suhu bilik)
  • 150g coklat bar
  • 100g mentega
  • 70g kekacang (boleh campur badam, walnut dan lain-lain ikut suka) dan potong kecil-kecil
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkn coklat dan mentega sekali dalam oven selama lebih kurang 2 minit.
  • Dalam bekas lain, pukul telur dan gula sampai sebati.
  • Masukkan bahan yang diayak dan kacau dengan senduk sampai semua tepung rata.
  • Masukkan coklat, mentega yang dicairkan tadi dan kacau.
  • Bila coklat sudah rata, masukkan pula kacang dan gaul lagi.
  • Dalam bekas 4 segi yang telah dialas dengan kertas, tuangkan adunan tadi dan ratakan.
  • Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 20 minit. Bila dah betul-betul masak, biarkan sejuk (dalam suhu bilik) baru keluarkan dari bekas. Potong bentuk 4 segi panjang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN