Masakan yang selalu saya buat, cepat dan salah satu kegemaran kami sekeluarga

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Brokoli dan Sweet Peas Goreng

Masakan yang selalu saya buat, cepat dan salah satu kegemaran kami sekeluarga

BAHAN-BAHAN

  • 7 biji sweet peas (dipotong sedikit hujungnya)
  • 6 potong brokoli
  • 1/4 batang carrot (dipotong nipis)
  • 4 hiris isi ayam (boleh guna sotong dan udang)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1/2 biji cili merah (dihiris)
  • 1 tsp tepung jagung (dibancuh dengan 1/4 cawan air – jika nak kuah banyak leh tambah)
  • 1 tbsp sos tiram
  • sedikit garam
  • sedikit minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul ayam dengan sedikit kunyit dan garam. Ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak, masukkan isi ayam kacau sehingga isi ayam masak. Jika nak letak sotong pun boleh buat cara yang sama. Angkat jika guna sotong atau ketepikan di tepi kuali jika guna ayam.
  • Tumis bawang putih guna minyak tadi. Setelah wangi, gaul sekali bersama isi ayam tadi.
  • Masukkan sayur kacang sweet peas dan brokoli. Kacau. Masak dengan api yang agak besar.
  • Masukkan garam dan sos tiram. Kacau sebati.
  • Masukkan air tepung jagung. Rasakan garamnya dah ngam atau tak. Then tutup api. Jangan masak terlalu lama, cukup sekadar brokoli dan sweet peas tu bertukar warna hijau yang cantik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN