Bagaimana cara nak masak Botok Botok Talapia?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Botok Botok Talapia

Bagaimana cara nak masak Botok Botok Talapia?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 2 ekor ikan tilapia merah (Dibersihkan dan dikelar) 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 1 sudu teh asam jawa 
  • 2 sudu makan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 5 helai daun limau purut (Dihiris halus)
  • 5 helai daun kaduk (Dihiris halus) 
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris halus)
  • 5 tangkai daun kesum (Dihiris halus)
  • 1 kuntum bunga kantan  (Dihiris halus)
  • ½ sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 sudu makan air 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun pisang secukupnya (Dilayur dan dipotong kecil)
  • Bahan B (Sambal)
  • 2 sudu makan serbuk rempah kari ikan 
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis 
  • ½ sudu teh serbuk jintan putih 
  • 5 biji cili merah 
  • 5 biji cili api
  • 1 inci halia 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • ½ inci lengkuas 
  • 1 inci cekur 
  • (Cili merah, cili api, halia, bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, lengkuas dan cekur dikisar bersama)
  • 2 batang serai (Diracik)
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik bau. 
    2. Masukkan kerisik, garam, gula, dan air asam jawa. Kemudian kacau rata. 
    3. Masukkan hirisan daun limau, daun kaduk, daun kunyit, daun kesum, dan bunga kantan. Kemudian kacau lagi. 
    4. Letakkan sambal dan ikan di atas daun pisang. Lipatkan kedua-dua hujung daun pisang. 
    5. Masukkan ke dalam pengukus dan kukuskan selama 10 minit. 
    6. Sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN