Juadah buat seisi keluarga. Kegemaran saya sewaktu bulan puasa.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bol Kentang Keluarga Diana

Juadah buat seisi keluarga. Kegemaran saya sewaktu bulan puasa.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Kuah:
  • 2kg kentang, kupas kulitnya, potong bulat, goreng dan tumbuk lumat
  • 1/2 kilo daging tetel, dibersihkan
  • 4 liter air
  • 4 sudu makan kicap lemak manis
  • 4 kelopak bunga lawang
  • 5 batang bunga cengkih
  • 1 batang (5cm) kayu manis
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa, jika suka
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan Inti:
  • 750 gram daging cincang
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Bahan Kisar:
  • 4 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 8 biji buah pelaga
  • 1 batang (5cm) kayu manis
  • Bahan Kulit Bol:
  • 2 cawan tepung gandum
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit pewarna kuning
  • Hiasan:
  • Timun – kupas kulit, buang tengahnya dan hiris
  • Bawang besar yang dihiris
  • Daun sup
  • Bawang goreng
CARA PENYEDIAAN
  • Inti Bol Kentang:
  • Buah pelaga dan kayu manis untuk bahan kisar ditumbuk menggunakan batu lesung sehingga separuh lumat. Kemudian dikisar bersama bahan-bahan yang lain.
  • Ambil 3 sudu makan rempah dan ketepikan untuk bahan membuat inti bol kentang. Lebihannya diketepikan untuk membuat Kuah Bol Kentang.
  • Rempah yang telah diambil 3 sudu makan, ditumis dengan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan daging cincang, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka. Masak sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.
  • Kulit Bol Kentang:
  • Tepung dibancuh dengan air secukupnya bersama garam dan pewarna kuning. Bancuhan tepung haruslah macam kita hendak menggoreng pisang tapi pekat sedikit.
  • Bol Kentang:
  • Kentang dikupas kulitnya, dipotong bulat dan digoreng. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
  • Ambil kentang yang telah ditumbuk lumat, isikan dengan intinya dan dibentukkan bulat. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, celup bol kentang yang telah dibentukkan dalam tepung dan digoreng. Sebaiknya minyak mesti banyak dan panas bila menggoreng bol kentang. Biarkan bol kentang supaya ia garing, barulah diterbalikkan. Angkat dan ketepikan.
  • Kuah Bol Kentang:
  • Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  • Masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka dan juga kicap. Masukkan daging tetel dan air. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
  • Setelah kuah mendidih, siap untuk dihidang.
  • Menghidang Bol Kentang:
  • Letakkan 2 biji bol kentang dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya, hias dengan timun, bawang, daun sup dan bawang goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN