Sesuai untuk minum petang di taman.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Blueberry Muffin

Sesuai untuk minum petang di taman.

BAHAN-BAHAN

  • 170 g mentega
  • 160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
  • 4 biji telur gred A
  • 350 g tepung gandum
  • 20 g serbuk penaik
  • 1 camca teh esen vanila
  • Inti blueberry secukupnya
  • Badam keping untuk hiasan (jika suka)
  • Cawan muffin secukupnya (kurang lebih 24 biji)
  • 160 ml susu segar (susu cair pun boleh…)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanila, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  • Gaul tepung bersama serbuk penaik dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu segar hingga habis. Gaul rata.
  • Sudukan adunan ke dalam cawan muffin, jangan penuh. Isikan sedikit inti blueberry dan tambah adunan muffin di atasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 – 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
  • Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga….. sesuai untuk minum petang di taman (kalau ada taman laa……).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN