biskut raya, masa buat lebih kurang sejam, resepi daripada kakak
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Biskut Oat Coklat
biskut raya, masa buat lebih kurang sejam, resepi daripada kakak
BAHAN-BAHAN
- 3 cawan tepung gandum
- 6 cawan oat
- 1 1/2 cawan minyak sapi dicairkan
- 1 1/4 cawan gula kastor @ mesin
- 1/2 buku mentega dicairkan
- 6 sudu besar serbuk koko
- Untuk Salut:
- 1 1/2 cawan susu tepung
- 1 cawan gula halus
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan tepung gandum, oat, gula & serbuk koko
- Kemudian masukkan mentega, minyak sapi & gaulkan sehingga sekata. Elakkan menggunakan mesin penggaul atau meramas ketika menggaul jika ingin mengekalkan tekstur oat
- Gentel bulat-bulat dan susun di atas talam pembakar. Bakar di dalam ketuhar tidak lebih 20 minit dengan suhu 240 darjah celcius
- Gaul susu tepung dengan gula untuk salut biskut setelah masak dibakar
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.