pernah bawa cookies ni untuk potluck.. ramai yang kata sedap.. memang sedap dan senang..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Biskut Koko Rangup
pernah bawa cookies ni untuk potluck.. ramai yang kata sedap.. memang sedap dan senang..
BAHAN-BAHAN
- 50g mentega tanpa garam
- *70g tepung
- *15g serbuk koko
- *1/8 sk serbuk kulit kayu manis
- *1/4 sk baking powder
- *40g gula perang
- *2 cubit garam
CARA PENYEDIAAN
- Potong mentega 1 cm. Selepas itu, masukkan ke dalam peti sejuk. Panaskan oven ke 180C. Alas dulang/acuan dengan oven paper.
- Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.
- Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat. Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.
- Bakar selama 25-30 minit.
- Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.