biskut wajib tiap kali raya : )

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

? Biskut Dahlia Permata ?

biskut wajib tiap kali raya : )

BAHAN-BAHAN

  • 320gram mentega
  • 250gram tepung gandum
  • 150gram tepung kastard
  • 100gram tepung jagung
  • 100gram gula aising – boleh tambah kalau suka manis
  • 2 biji kuning telur
  • 1/3 sudu teh esen vanilla
  • BAHAN2 HIASAN:
  • gula aising
  • mentega
  • strawberry emulco (perasa & pewarna)
CARA PENYEDIAAN
  • Mentega & gula aising dipukul sehingga gebu
  • Masukkan esen vanilla & kuning telur. Kacau adunan sehingga sebati
  • Masukkan pula tepung gandum, tepung jagung & tepung kastard (diayak terlebih dahulu) sedikit demi sedikit . Uli doh sehingga lembut & sebati.
  • Ambil sedikit doh & masukkan ke dalam acuan bunga dahlia. Tekan ke dalam cawan kertas.
  • Kemudian, bakar selama 20 minit pada suhu 150C
  • Apabila, biskut sudah masak, sejukkan dahulu sebelum dihias
  • Untuk hiasan, pukul gula aising & mentega sehingga gebu & masukkan emulco kegemaran anda. Kacau sebati
  • Ambil sehelai kertas dan buatkan corong. Masukkan ising ke dalam corong tersebut dan hiaskan biskut anda
  • Akhir sekali, tabur manik warna warni diatas ising dengan menggunakan sudu kecil. Biarkan ising sejuk dahulu sebelum biskut disimpan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN