Diubahsuai daripada resepi dari sebuah buku resepi lama…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Cocoa Crisp

Diubahsuai daripada resepi dari sebuah buku resepi lama…

BAHAN-BAHAN

  • 250 g marjerin
  • 160 g gula perang
  • 300 g tepung gandum
  • 30 g tepung jagung
  • 70 g serbuk koko
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Untuk hiasan:
    Coklat masakan (cairkan) dan Coklat rice
    (Boleh diubahsuai ikut citarasa masing-masing)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul marjerin dan gula perang sehingga kembang.
  • Masukkan telur dan esen vanila n adun sehingga kembang n sebati.
  • Tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko diayak bersama.
  • Masukkan ke dalam adunan tadi dan uli sehingga menjadi doh.
  • Gunakan acuan semperit bunga untuk membentuk. (boleh guna acuan lain ikut citarasa masing-masing)
  • Bakar selama lebih kurang 15 minit pada suhu 180 darjah Celcius.
  • Celup ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan coklat rice.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN