Sesuai untuk sesiapa yang baru belajar nak buat biskut sebab bahan-bahan yang mudah dan senang untuk didapati.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Biskut Bintang Hati

Sesuai untuk sesiapa yang baru belajar nak buat biskut sebab bahan-bahan yang mudah dan senang untuk didapati.

BAHAN-BAHAN

  • 100gm Buttercup (saya gunakan yang dalam tin)
  • 60gm gula aising
  • 1 biji kuning telur (gred B)
  • 130gm tepung gandum
  • 40gm kanji kentang (potato starch)
  • 15gm susu tepung
  • Heart shaped deco sugar (secukupnya)
  • Pewarna merah jambu
  • Acuan biskut (bentuk bintang atau apa-apa bentuk pon boleh)
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Sebelum buat biskut, kena panaskan ketuhar pada suhu 120°C selama lebih kurang 30 minit. Dalam pada masa tu bolehlah sediakan bahan dan mulakan proses buat biskut..
  • 2. Pukul Buttercup, gula aising dan kuning telur hingga gebu.
  • 3. Ayak tepung gandum, kanji kentang dan susu tepung dan masukkan ke dalam campuran buttercup tadi.
  • 4. Titikkan beberapa titis pewarna merah jambu dan gaul menggunakan tangan hingga menjadi doh.
  • 5. Letakkan doh didalam plastik dan gelek setebal 0.5cm kemudian terap dengan acuan biskut.
  • 6. Hiaskan dengan gula-gula hiasan dan bakar biskut dengan kepanasan 120°C selama 15-20 minit. (Bergantung kepada jenis ketuhar yang anda gunakan).
  • 7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN