Lembut..juga tiada campuran tepung…sesuai dihidang bila2 masa… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Bingka Ubi Lemak (Tanpa Telur)™

Lembut..juga tiada campuran tepung…sesuai dihidang bila2 masa… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo. ubi kayu parut – ditapis,buang airnya dn ambil sagu yang mendak
  • 1 cawan padat kelapa parut putih
  • 600 ml santan – (300ml KARA + air)
  • 300 g gula melaka – racik halus
  • 100 g gula pasir
  • 3 helai daun pandan
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Santan,gula melaka,gula pasir,garam dan daun pandan dimasak hingga gula larut.Tapis dan sejukkan.
  • Ubi parut dan kelapa parut dikisar dengan sirap gula tadi hingga halus(akak kisar 1/2 bahagian ubi parut saja).
  • Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas daun pisang jika suka dan digris.
  • Bakar selama 1 jam atau hingga garing.
  • Biar kuih benar2 sejuk dan boleh dipotong dan dihidangkan.
  • ***Untuk resipi yang sama boleh hanya menggunakan gula pasir dengan menggantikan sukatan gula melaka dan tambah sedikit pewarna kuning jika inginkan bingka ubi yang kuning.Gula pasir boleh dikurangkan jika suka ikut selera… :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN