Ringkas dan mudah.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bingka Ubi Kayu
Ringkas dan mudah.
BAHAN-BAHAN
- 3 cawan ubi kayu parut
- 1/2 cawan gula @ secukup rasa
- 1/2 sudu teh garam
- 1 cawan jus pandan +1 cawan pati santan
- Mentega untuk menggris
CARA PENYEDIAAN
- Letak ubi parut atas napkin dan gantung atau guna tapis je. Jangan diperah. Biar dalam 1/2 jam. Buang air yang bertakung di bawah…satukan ubi, garam dan gula dalam mangkuk. Gaul rata.
- Tuangkan campuran jus pandan + santan sedikit-sedikit sambil dikacau sehingga dapat tekstur macam nak buat cucur…rasakan manisnya. Kalau kurang tambah gula. Kalau terlalu pekat, tambah santan.
- Tuang dalam tin yang digris. Letak 4/5 hirisan mentega atas adunan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak.
- Kuih ni lembut semasa panas. Tunggu hingga betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.