tambah koleksi bingka. resipi sendiri, olah dari resipi bingka biasa. :-)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bingka Roti Cinnamon

tambah koleksi bingka. resipi sendiri, olah dari resipi bingka biasa. :-)

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 1/2 cawan gula
  • 100ml air panas
  • Bahan B:
  • 3 keping roti slice (gardenia, etc)
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 400ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon
  • sedikit garam
  • Bahan C (optional):
  • 3 sudu besar butter
  • bijan
CARA PENYEDIAAN
  • Utk bahan A, masak gula menggunakan api perlahan sehingga cair & menjadi perang. Masukkan air panas & kacau sehingga gula larut. Sejukkan sebentar.
  • Utk Bahan B, masukkan kesemua bahan2 ke dalam blender & blend hingga sebati.
  • Campurkan bahan A ke dalam bahan B. Tuang adunan yg telah dicampur ke dalam periuk dan masak sebentar menggunakan api sederhana sehingga likat/pekat.
  • Setelah likat, padamkan api dan gaulkan butter ke dalam adunan.
  • Tuang adunan ke dlm loyang & taburkan sedikit bijan (optional). Bakar dlm oven 180C selama 30-40 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN