Bagaimana cara nak masak Bebola Keju?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Bebola Keju

Bagaimana cara nak masak Bebola Keju?

BAHAN-BAHAN

  • 300 g ubi kentang (Dibuang kulit) 
  • 3 sudu makan tepung gandum (Diayak) 
  • 2 sudu makan mentega 
  • 1 sudu makan susu tepung 
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah 
  • 3 biji telur ayam (Dipukul) 
  • 250 g keju cheedar  (Dipotong dadu kecil) 
  • Serbuk roti secukupnya 
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kentang dalam saiz kecil kemudian rebus dengan garam sehingga lembut dan kering air. Lenyekkan sehingga hancur.  
    2. Gaulkan dengan tepung gandum, mentega, susu tepung dan lada sulah sehingga sebati dan menjadi doh. 
    3. Ambil adunan dan leperkan. Masukkan keju dan bulatkan menjadi bebola kecil. 
    4. Celupkan bebola ke dalam telur dan golekkan di dalam serbuk roti.
    5. Panaskan minyak masak dengan api sederhana dan gorengkan bebola sehingga warna kuning keemasan. 
    6. Angkat dan tuskan minyak. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN