Bebola ayam untuk spaghetti
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Barat
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Bebola Ayam
Bebola ayam untuk spaghetti
BAHAN-BAHAN
- 11/2 cawan isi ayam-dicincang
- 1/2 cawan parmesan cheese
- 1/2 cawan serbuk roti
- 1 biji telur
- 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
- garam secukup rasa
- 2 sudu besar olive oil atau minyak masak
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali telur dan olive oil
- Pukul telur dengan garfu. Masuk telur sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk campuran tadi sambil digaul. Kalau adunan dah elok untuk buat bulat-bulat, berhentilah masuk telur. Tak payah habiskan.
- Buatlah bulat kecil-kecil
- Panaskan minyak dalam kuali. Masuklah ayam tadi. Goreng sehingga kekuningan.
- Kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam sos spaghetti anda.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.