Untuk peminat pencuci mulut. Resipi asal dari pembalut tin susu Carnation. Telah diubahsuaikan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banoffi Pie

Untuk peminat pencuci mulut. Resipi asal dari pembalut tin susu Carnation. Telah diubahsuaikan.

BAHAN-BAHAN

  • Pastri manis:
  • Boleh guna apa-apa resipi kegemaran anda, atau rujuk: ‘Almond And Pear Tart’.
  • Inti dan lapisan atas:
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 250ml krim putar
  • 2 biji pisang
  • Serbuk koko atau Milo (untuk tabur)
  • Semua bahan di atas boleh dikurang atau tambah mengikut selera tersendiri
  • Pastri manis boleh juga digantikan menggunakan kek keju dengan biskut sebagai lapisan bawah
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan lapisan bawah: Kalau menggunakan pastri manis, masakkan dulu.
  • Masak susu pekat dengan api sederhana sehingga warna bertukar kepada karamel cerah. Pastikan dikacau sentiasa. Bawahnya senang hangit.
  • Ratakan karamel di atas lapisan bawah pastri atau biskut anda.
  • Potong pisang bulat-bulat secukupnya. Susun di atas lapisan karamel. Sejukkan selama 1/2 jam.
  • Pukul krim sehingga kembang.
  • Sapukan di atas lapisan pisang tadi.
  • Akhir sekali, boleh la ditabur dengan serbuk koko atau Milo.
  • Simpan dalam peti sejuk. Makan semasa masih sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN