pebret arwah mak, tp respi dr arwah mak mertua. kalau x diberi tahu, x prasan ada bubuh butter @ majerin. sgt ringan & cair di mulut.. mmbuatnya pun mudah..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

bangkit kelapa moden kakbesah

pebret arwah mak, tp respi dr arwah mak mertua. kalau x diberi tahu, x prasan ada bubuh butter @ majerin. sgt ringan & cair di mulut.. mmbuatnya pun mudah..

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan mumbung gula icing (150g) (jika guna gula halus rata saja ya (130g) )
  • 1 buku mentega (jika guna majerin=1cawan) @ 250g
  • 2 biji kuning telur
  • 2 cawan kelapa parut – putih saja (kalau dpt yg agak muda lg bagus)
  • 4 cawan rata tepung ubi (400g)
  • 2/3 cawan tepung gandum (70g)
  • 1 sudu teh mumbung baking powder
CARA PENYEDIAAN
  • sangrai/sangai kelapa parut segar dgn api kecil hingga kering. kalau bleh jgn sampai perang sangat.asal dah kering, walaupun hanya kekuningan cukuplah. (abaikan kelapa akk ni =gelap- kes lupa matikn api..huhu..)
  • putar gula & butter hingga sebati. masukkan telur satu persatu, putar 10 saat.
  • ayak tepung2 bersama baking powder. pastu campurkan kedalam butter sedikit demi sedikit, berselang seli dgn kelapa sambil diuli hingga mnjadi satu doh yg lembut. x mengapa ia agak lembut, coz x lama nnti ia akn mengeras sedikit.
  • gelek doh diantara dua plastik, terap lah ikut suka.(x tau knapa, bila buat kuih ni mak mertua wajip buat bntuk anak bulan, smpena mnyambut ank bln syawal kot..)
  • susun atas dulang yg tlh disapu mentega.(ala..sapu dgn lebihan butter yg lkat pd pembungkus butter tu jer..) pastu ikut suka lah nk hias cmana.. bg akk & mak mertua, nilah satu2nya biskut yg x dihias. xtau knapa.. masa dia hidup dulu akk lupa nk tanya…
  • bakar dgn suhu +- 150c slama 30 mnit atau lebih.(hingga masak, ikut lah kebiasaan oven masing2)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN