rasepi dari mak saudara
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Banana Kek Special
rasepi dari mak saudara
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan gula halus
- 8 biji pisang berangan (dilenyek dahulu)
- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh esen pisang
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 5 biji telur (gred c)
- secubit garam
CARA PENYEDIAAN
- Campurkan pisang yang telah dilenyek dengan minyak dan garam. Gaul sebati. Biarkan seketika.
- Pukul telur ( samada guna blander biasa atau mixer), saya guna blander saja. Bland sampai naik buih halus atau lebih kurang 1 minit. Masukkan gula halus, susu pekat, esen pisang dan esen vanila. Bland sekali lagi hingga sebati.
- Campurkan tepung dengan soda dan ayakkan dahulu. Kemudian masukkan campuran telur kedalam adunan pisang tadi. Gaul rata.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dalam adunan yang telah dicampurkan tadi dan kacau hingga sebati ( gunakan sudip yang sesuai atau mixer) sampai sebati.
- Sapukan acuan kek dengan mentega secara nipis dan layang atas api dahulu secara pantas dan taburkangandum pada acuan td untuk mengelakkan kek dr melekat dan senang untuk dikeluarkan apabila sejuk. Sebagai petua dari Chef Wan.
- Masukkan adunan td dalam acuan tersebut dan bakar selama 30-40minit pada suhu 150 darjah celcius. (saya gunakan acuan bulat dan bakar atas dapur gas sahaja)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.