Senang sangat kalau dengan mesin memproses makanan (‘food processor’).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Banana Chocolate Muffin

Senang sangat kalau dengan mesin memproses makanan (‘food processor’).

BAHAN-BAHAN

  • # 170g tepung gandum
  • # 30g serbuk koko
  • # 130g gula
  • # 1 sudu kecil serbuk penaik
  • # Secubit garam
  • # 100g coklat bar (coklat masakan) – patah-patahkan jadi kecil-kecil
  • * 2 biji telur
  • * 75ml minyak masak
  • * 100ml susu segar
  • * Sedikit esen vanila
  • * 2 biji pisang
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven sehingga 170C.
  • Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (#) ke dalam mesin. Kisar sehingga sekata. (Jika coklat tak hancur sangat pun tak mengapa, jadi ketul-ketul kecil pun dah boleh).
  • Kemudian masukkan bahan yang bertanda (*) ke dalam mesin. Kisar sehingga sebati.
  • Cedukkan ke dalam acuan muffin. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
  • Muffin dalam bentuk hati. Boleh ayak gula aising ke atas muffin sebagai hiasan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN