3 ketul peha ayam turki,modal semua rm55 je..syakali syakali! sedap meratah…..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam turki percik-drumstik
3 ketul peha ayam turki,modal semua rm55 je..syakali syakali! sedap meratah…..
BAHAN-BAHAN
- 3 ketul peha ayam turki-kat jusco rm15 seketul.
- ————–untuk rebus ayam—————–
- 2 inci halia dihiris.
- 2 batang serai diketuk.
- 3 sudu kunyit serbuk.
- air untuk merebus sehingga tenggelam ayam
- ——————bahan2 untuk kuah percik…………
- 1 peket santan-500gm.
- 5 ulas bawang merah.
- 4 ulas bawang putih.
- 1 inci halia.
- 5 biji buah keras.
- 1 batang serai.
- 1 keping asam keping yg kecil jer.
- 7 sudu gula-memang kene manis kalau tak manis tak sedap.
- 3 sudu besar cili giling.(boleh kurangkan jika tak nak pedas-dan tak perlu buboh jika nak buat kuah putih)
- Garam dan tok aji.
- 3 sudu tepong beras yang dilarutkan dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
- 3 cawan air.(1 bahagian untuk digunakan semasa memblender, 2 bahagian untuk kuah)
- ————bahan2 untuk buat nasi ayam kuning—————
- 5 cawan beras.(sukahati nak masak banyak mana-ikut jumlah isi rumah)
- 5 ulas bawang merah, 4 ulas bawang putih,1 inci halia-digoreng hingga betul2 perang.
- air rebusan ayam tadi.(so jangan cubak2 nak curah air tersebut selepas merebus!)
- Garam dan 3 sudu gula jika suka….dan jika suka lagi nleh buboh kismis bagi cantik.
CARA PENYEDIAAN
- Mula2 beli peha ayam. Rebus ayam dalam periuk yang besar dengan serai, halia dan serbuk kunyit sehingga empuk. Masa yang diambil bergantung kepada jenis ayam…jika yang impot ia lembut, perlu sekejap saja..jika yang tempatan sila rebus sampai betul2 empuk.. jangan buang air rebusan!
- Bila ayam dah ok direbus sile buat nasiknye pulak….goreng dulu bawang merah, bawang putih dan halia hingga perang dan agak kegelapan sikit. Basuh beras dan buboh dalam periuk nasik letrik(senang), masukan air rebusan secukupnya…pastikan air rebusan itu lebih dari kebiasaan masak nasi-kalau tidak nanti nasi mentah. Masukan bahan2 yang digoreng bersama dengan minyaknye sedikit…boh garam dan gula…bila masak nasi itu nanti akan jadi kaler kuning akibat air rebusan tadi…! jika suka boh la kismis bagi cantik…bila dah nak masak gaul nasik bagi sekata.
- Untuk buat kuah, blender suma bahan2 dengan 1 cawan air kecuali cili giling, gula , garam, dan larutan tepong beras. Dalam periuk masukan semua bahan yang dah diblender bersama santan, cili giling, 2 cawan air gula…masak api sederhana dan kacau sentiasa…ia mudah meruap! Rasa manis, masam dan garamnya dan bila dah puas hati baru tuang larutan tepong beras bagimemekatkan kuah…ia akan jadi pekat macam cili sos…itu baru ok sebab senang nak melekat kat ayam bila bakar nanti.
- buboh ayam dalam bekas pembakar, bakar dalam oven dulu 10 minit setiap bahagian atas dan bawah ayam dengan mengunakan api sebelah atas sahaja.
- Kemudian baru tuang kuah percik atas ayam sepenohnya tanpa tertinggal satu tempat kosong pun. Bakar dalam oven sehingga kuah jadi keperangan kemudian balikan ayam dan tuang kuah dan bakar lagi sehingga perang jugak. Guna api sebelah atas sahaja kerana jika guna api atas bawah nanti kuah yang jatuh atas bekas pembakar akan hanggus dan melekat dan susah nak cuci.
- Jika masih ada lagi lebihan air rebusan ayam tadi…jangan buang…len buat sup! Walau dah dibubuh kunyit dan serai ia tidak membuatkan rasanya tak sedap…anda cuma perlu goreng bawang merah dan bawang putih dan masukan dalam lebihan sup tadi…panaskan balik…boh garam n tok aji……tak membazir….!
- Masalah bila buat ayam percik ni ialah gangguan perasaan yang amat kritikal bila ayam dah masak…..nak meratah je! Membuatnya berjam jam….sila sorokan sebahagian bila menghidang dan keluarkan bila perlu….Tak perlu ayam turki untuk buat percik…..ayam biasa pun ok…cuma kesedapan ayam turki 15x ganda jer! Dagingnya halus lembut…tender….sedap…tak muak….lain dari rasa ayam…perbezaannya seperti pisang emas dengan pisang kapas….u know what i mean? Ok selamat memercik! Assalamualaikom semua.
- Hamba cuba upload gambar cara2 nak buat…tak dapat2! Kalau nak tengok gambar step by step pembikinan kepercikan ayam ni sila layari FB hamba…taip je nama hamba…takde privacy2 punya akaun.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.